Tuesday 8 April 2014

Polisi Awam : Pengertian dan Maksud


Polisi awam ditakrifkan sebagai " apa yang dilakukan oleh kerajaan, kenapa mereka melakukan dan apakah perbezaan yang dilakukan. Harold Laswell mentakrifkan pula polisi awam sebagai " satu perancangan program tentang matlamat, nilai-nilai dan latihan", manakala David Easton melihatnya sebagai " kesan daripada aktiviti kerajaan?, dan Austin Ranney pula melihat polisi awam sebagai 'satu garis panduan yang telah ditetapkan untuk bertindak atau mengumumkan tujuan. yang terakhir sekali, James Anderson mentakrifkan istilah ini sebagai " satu tindakan yang mempunyai tujuan yang diikuti oleh watak atau beberapa orang aktor untuk merundingkan tentang masalah dan perkara yang dititikberatkan:.

Takrifan yang pelbagai ini boleh disimpulkan kepada maksud yang sama kerana perbincangan tersebut adalah berkenaan prosesm siri, bentuk tindakan atau keputusan kerajaan yang dicipta untuk mengatasi beberapa masalah awam, sama ada benar atau imaginasi. ciri utama polisi awam ialah ia dirumus secara teratur, dilaksanakan dan dinilai oleh pihak berkuasa dalam sistem politik sesebuah negara, misalnya oleh wakil rakyat, hakim, eksekutif dan pentadbir. Polisi awam sering berubah hasilnya terkesan daripada maklumat tentang akibatnya.

Rujukan : Pembentukan Polisi Awam : Ahmad Atory Hussin.



jika anda mengalami simptom-simptom berikut :

1. tidak cukup masa membuat tugasan
2. tidak tahu bagaimana membuat tugasan
3. tidak tahu membuat rujukan mengikut gaya APA
4. susah mencari rujukan tugasan

anda bolehlah membuat tindakan bijak dengan : 

tempah perkhidmatan membuat tugasan di sini

lihat Contoh tugasan lain di sini

No comments:

Post a Comment