Monday 7 April 2014

Maksud dan Definisi Pentadbiran Awam

Ahmad Atory dalam pentadbiran awam: asas pemikiran dan falsafah, ia mendefinisikan Pentadbiran awam sebagai satu organisasi dan pengurusan sumber manusia dan benda - benda untuk mencapai tujuan kerajaan. Pentadbiran juga dikenali sebagai “satu seni dan sains pengurusan”. (Hussain, 1997, p. 3) pentadbiran awam juga adalah sebarang tindakan kerajaan berkenaan dengan perhubungan awam dan pelaksanaan polisi awam. (Shafritz & Russell, 2003, p. 5). Shafritz dan Russell telah mendefinisikan pentadbiran awam daripada beberapa perspektif.
Dari segi perspektif politik, pentadbiran awam adalah apa yang dilakukan oleh kerajaan. Apa yang dilakukan oleh kerajaan akan memberikan kesan kepada kehidupan seharian rakyat. Pentadbiran awam berfungsi secara langsung dan tidak langsung. Fungsi secara tidak langusng adalah dengan memberikan perkhidmatan kepada rakyat seperti pembaikian jalanraya dan mengawal harga barangan terkawal manakala fungsi secara tidak langsung adalah apabila pentadbiran awam membayar pihak swasta bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat. Pentadbiran awam juga merupakan satu kitaran lengkap dalam fasa pembentukan polisi awam dan melaksanakan kepentingan awam. (Shafritz & Russell, 2003, pp. 6-10)
Dari segi perspektif undang-undang pula, pentadbiran awam adalah undang-undang yang bertindak. Pentadbiran awam wujud daripada perlaksanaan undang-undang tersebut dan tidak mungkin pentadbiran awam akan ada tanpa wujudnya undang-undang tersebut. Pentadbiran awam juga wujud sebagai peraturan itu sendiri kerana institusi ini akan mengawal rakyat dengan apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. (Shafritz & Russell, 2003, p. 12)

Secara analoginya, pentadbiran adalah suatu kumpulan unsur yang terdapat dalam pentadbiran yang boleh dikaitkan dengan dengan satu keluarga yang disebut Cooperative Human Action. Perkataan Cooperative atau dalam terjemahan Bahasa Melayunya adalah kerjasama bermaksud kesan-kesan aktiviti manusia dimana kerjasama itu tidak akan wujud sekiranya salah satu anggota dalam keluarga tersebut tidak ada.


jika anda mengalami simptom-simptom berikut :

1. tidak cukup masa membuat tugasan
2. tidak tahu bagaimana membuat tugasan
3. tidak tahu membuat rujukan mengikut gaya APA
4. susah mencari rujukan tugasan

anda bolehlah membuat tindakan bijak dengan : 

tempah perkhidmatan membuat tugasan di sini

lihat Contoh tugasan lain di sini


No comments:

Post a Comment