Sunday 20 April 2014

Birokrasi : Definisi oleh beberapa Sarjana

Terdapat satu pepatah lama yang api adalah hamba yang baik tetapi tuan yang tidak baik. Sesuatu seperti pepatah ini sering digunakan untuk peranan yang sesuai birokrasi dalam kerajaan. Kerana birokrasi sering dilihat sebagai dicemari dengan nafsu yg tdk dpt dihilangkan untuk kuasa, dikatakan bahawa, seperti api, ia memerlukan kawalan yang berterusan untuk mencegah meletus dari perhambaan Pemurah ke dalam penguasaan berbahaya dan zalim.

      Menurut Peter M. Blau dan W. Meyer dalam bukunya "Bureaucracy " Birokrasi adalah jenis organisasi yang bertujuan untuk mencapai tugas-tugas pentadbiran dengan cara menyelaraskan secara sistematik teratur  pekerjaan dari banyak ahli organisasi.
menurut Rourke pula birokrasi adalah  sistem pentadbiran dan pelaksanaan tugas sehari-hari yang berstruktur, yang terkandung dalam suatu sistem hirarki yang jelas, dilakukan dengan mempunyai rekod, oleh bahagian  tertentu yang berasingan dengan bahagian lain, orang yang dipilih kerana kemampuan dan kepakaran di dalam bidangnya.
Sementara itu Almond dan Powell, mengatakan bahawa birokrasi adalah  sekumpulan tugas dan jabatan yang terancang secara formal, yang saling berhubungan dalam jalinan yang kompleks.

Birokrasi adalah alat bagi kelas yang berkuasa, iaitu kaum borjuis dan kapitalis untuk mengeksploitasi kaum proletar. birokrasi adalah diibaratkan sebagai parasit yang kewujudannya ada pada kelas yang  berkuasa dan dipergunakan untuk memanipulasi kelas proletariat. (Martini, 2012)


jika anda mengalami simptom-simptom berikut :

1. tidak cukup masa membuat tugasan
2. tidak tahu bagaimana membuat tugasan
3. tidak tahu membuat rujukan mengikut gaya APA
4. susah mencari rujukan tugasan

anda bolehlah membuat tindakan bijak dengan : 

tempah perkhidmatan membuat tugasan di sini

lihat Contoh tugasan lain di sini


Tuesday 8 April 2014

Polisi Awam : Pengertian dan Maksud


Polisi awam ditakrifkan sebagai " apa yang dilakukan oleh kerajaan, kenapa mereka melakukan dan apakah perbezaan yang dilakukan. Harold Laswell mentakrifkan pula polisi awam sebagai " satu perancangan program tentang matlamat, nilai-nilai dan latihan", manakala David Easton melihatnya sebagai " kesan daripada aktiviti kerajaan?, dan Austin Ranney pula melihat polisi awam sebagai 'satu garis panduan yang telah ditetapkan untuk bertindak atau mengumumkan tujuan. yang terakhir sekali, James Anderson mentakrifkan istilah ini sebagai " satu tindakan yang mempunyai tujuan yang diikuti oleh watak atau beberapa orang aktor untuk merundingkan tentang masalah dan perkara yang dititikberatkan:.

Takrifan yang pelbagai ini boleh disimpulkan kepada maksud yang sama kerana perbincangan tersebut adalah berkenaan prosesm siri, bentuk tindakan atau keputusan kerajaan yang dicipta untuk mengatasi beberapa masalah awam, sama ada benar atau imaginasi. ciri utama polisi awam ialah ia dirumus secara teratur, dilaksanakan dan dinilai oleh pihak berkuasa dalam sistem politik sesebuah negara, misalnya oleh wakil rakyat, hakim, eksekutif dan pentadbir. Polisi awam sering berubah hasilnya terkesan daripada maklumat tentang akibatnya.

Rujukan : Pembentukan Polisi Awam : Ahmad Atory Hussin.



jika anda mengalami simptom-simptom berikut :

1. tidak cukup masa membuat tugasan
2. tidak tahu bagaimana membuat tugasan
3. tidak tahu membuat rujukan mengikut gaya APA
4. susah mencari rujukan tugasan

anda bolehlah membuat tindakan bijak dengan : 

tempah perkhidmatan membuat tugasan di sini

lihat Contoh tugasan lain di sini

Monday 7 April 2014

Maksud dan Definisi Pentadbiran Awam

Ahmad Atory dalam pentadbiran awam: asas pemikiran dan falsafah, ia mendefinisikan Pentadbiran awam sebagai satu organisasi dan pengurusan sumber manusia dan benda - benda untuk mencapai tujuan kerajaan. Pentadbiran juga dikenali sebagai “satu seni dan sains pengurusan”. (Hussain, 1997, p. 3) pentadbiran awam juga adalah sebarang tindakan kerajaan berkenaan dengan perhubungan awam dan pelaksanaan polisi awam. (Shafritz & Russell, 2003, p. 5). Shafritz dan Russell telah mendefinisikan pentadbiran awam daripada beberapa perspektif.
Dari segi perspektif politik, pentadbiran awam adalah apa yang dilakukan oleh kerajaan. Apa yang dilakukan oleh kerajaan akan memberikan kesan kepada kehidupan seharian rakyat. Pentadbiran awam berfungsi secara langsung dan tidak langsung. Fungsi secara tidak langusng adalah dengan memberikan perkhidmatan kepada rakyat seperti pembaikian jalanraya dan mengawal harga barangan terkawal manakala fungsi secara tidak langsung adalah apabila pentadbiran awam membayar pihak swasta bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat. Pentadbiran awam juga merupakan satu kitaran lengkap dalam fasa pembentukan polisi awam dan melaksanakan kepentingan awam. (Shafritz & Russell, 2003, pp. 6-10)
Dari segi perspektif undang-undang pula, pentadbiran awam adalah undang-undang yang bertindak. Pentadbiran awam wujud daripada perlaksanaan undang-undang tersebut dan tidak mungkin pentadbiran awam akan ada tanpa wujudnya undang-undang tersebut. Pentadbiran awam juga wujud sebagai peraturan itu sendiri kerana institusi ini akan mengawal rakyat dengan apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. (Shafritz & Russell, 2003, p. 12)

Secara analoginya, pentadbiran adalah suatu kumpulan unsur yang terdapat dalam pentadbiran yang boleh dikaitkan dengan dengan satu keluarga yang disebut Cooperative Human Action. Perkataan Cooperative atau dalam terjemahan Bahasa Melayunya adalah kerjasama bermaksud kesan-kesan aktiviti manusia dimana kerjasama itu tidak akan wujud sekiranya salah satu anggota dalam keluarga tersebut tidak ada.


jika anda mengalami simptom-simptom berikut :

1. tidak cukup masa membuat tugasan
2. tidak tahu bagaimana membuat tugasan
3. tidak tahu membuat rujukan mengikut gaya APA
4. susah mencari rujukan tugasan

anda bolehlah membuat tindakan bijak dengan : 

tempah perkhidmatan membuat tugasan di sini

lihat Contoh tugasan lain di sini