Wednesday 24 June 2015

Sosioeokonomi Dualistik : Dilema Melayu Era Pra-Merdeka

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk yang ketara dan struktur ekonomi yang dualistik. Jurang pemisahan ini amat mendalam hingga ke akar umbu yang telah meresap ke dalam seluruh masyarakat dalam struktur penduduk dan lokasi, organisasi politik, aktiviti ekonomi dan kepercayaan agama. Struktur yang pelbagai ini mempunyai momentum dan kedinamikan yang tersendiri, dengan kekuatan dan kelemahan masing- masing.
            Sungguhpun terdapat unsur-unsur muhibah yang sama lagi kukuh, institusi dan aktiviti dalam kehidupan seharian, masih jelas dan ketara dalam struktur masyarakat ini, semua ini kelihatan dalam pelbagai bentuk, yang seringkali berpecah belah, berkonfrontasi dan dari segi politik ia mewujudkan ketidakstabilan serta merosakkan negara secara keseruluhan.
            Kemajmukan penduduk dan dualisme ekonomi terbahagi berdasarkan kepada pemisahan etnik, dan merupakan asas dasar utama yang membentuk interaksi politik negara sebelum dan selepas merdeka. Pemisahan ini berkembang sejak pemerintahan sebelum British, tetapi tentunya menjadi lebih hebat selepas British berkuasa.
            Ketika sektor moden terancang yang berasaskan sistem pengeluaran dan organisasi Barat cukup berpadu dalam sistem ekonomi dan perancangan dunia moden dan mahu sewajarnya melalui masa, sistem tidak terancang petani kecil-kecilan amat terasing dan terpencil, hanya berhubungan secara tidak langsung dengan dunia luar. Di sebaliknya sektor moden yang berkembang dan membangun menjadi sektor bandar, komersial dan industri, sektor tradisional terbantut malah merosot. Tekanan penduduk ke atas tanah pula kian menjadi buruk berikutan bertambahnya bilangan penduduk. Undang-undang pewarisan Islam yang diamalkan oleh orang Melayu, juga mempunyai impak ke atas pegangan tanah petani,-petani.
Sifat dualisme ini bertambah dengan ketara kerana kadar perbezaan produktiviti kedua-dua sektor yang menjadi lebih luas dengan pengenalan teknologi yang semakin canggih dalam sektor moden. Perbezaan dalam produktiviti, kekayaan, pekerjaan dan pendapatan mereka yang terlibat dalam kedua-dua sektor bertambah besar. Lama-kelamaan, ketidakseimbangan merebak ke perbezaan budaya dan sosiologi. Dualisme ini meresapi ke seluruh struktur masyarakat, menjejaskan pasaran barangan, pasaran modal dan pasaran buruh serta jentera kerajaan. Dari segi ini, struktur pengeluaran ekonomi Malaysia adalag serupa dari kesannya dengan apa yang wujud dalam ekonomi membangun yang lain di bekas jajahan kuasa metropolitan.
            Orang Eropah, Cina dan India kebanyakkannya terlibat sektor moden berproduktiviti tinggi dalam ekonomi, selaku usahawan, pengurus dan pekerja di firma-firma, estet-estet dan syarikat perdagangan, manakala orang Melayu kebanyakkannya terlibat dalam sektor tradisional berproduktiviti rendah dalam pertanian kecil-kecilan dan perikanan.Bukan melayu mendiami dataran pantai barat Semenanjung Malaysia yang kaya, kawasan kebanyakan aktiviti komersial, manakala Melayu kebanyakkannya tinggal di Jalur Melayu dan umumnya mereka lebih miskin. Kebanyakkan jalan, landasan kereta api, perhubungan moden, sekolah, hospital dan lain-lain dibina di pantai barat. Teknologi daripada sumber antarabangsa mengalir masuk ke dalam negara melalui kawasan pinggir laut ini. Oleh sebab orang Cina dan India membentuk lapisan ekonomi di bawah orang Eropah di sektor moden, komuniti ini mendapat faedah daripada pembangunan-pembangunan ini dan berkedudukan untuk mengambil alih daripada orang asing ini apabila mereka melepaskan pelaburan mereka selepas merdeka.
            Satu-satunya penglibatan orang Melayu dalam sektor moden adalah dalam perkhidmatan awam, baik dari peringkat persekutuan mahupun negeri, yang mana ia dikhaskan untuk mereka oleh British, dan dalam perkhidmatan polis dan tentera yang tidak diminati oleh orang Bukan Melayu disebabkan gaji yang agak rendah berbanding dengan pendapatan sektir swasta komersial yang cukup terancang. Diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu olehg pihak komersial dan industri yang dikuasai oleh orang bukan Melayu meliputi pelbagai bentuk.
            Dalam perniagaan, bank-bank British dan Cina enggan melakukan apa-apa untuk orang melayu kerana mereka dianggap tidak mempunyai pengalaman yang sesuai. Dalam perniagaan borong, runcit, eksport dan import, mereka disisihkan oleh persatuan dan pertubuhan perniagaan. Meskipun orang Melayu mencari kerja dalam sektor swasta, namun mereka disisihkan oleh suku, bahasa, keutamaan budaya dan sekatan. Banyak kedai Cina dan India enggan memberi pekerjaan kepada orang Melayu. Bagi pekerjaan bandar di luar kerajaan, hanya buruh kasar jenis terendah dibukakan kepada orang melayu iatu pekerjaaan seperti penarik beca, pemandu dan jaga.

            Banyak andaian, hipotesis dan teori yang memberikan penjelasan tentang kenapa orang Melayu teperangkap dalam sektor ekonomi tradisional yang mundur, dan dengan demikian kehilangan kuasa ke atas negara serta nasib mereka. 

ANDA KESUNTUKAN MASA ?? TIDAK TAHU BUAT RUJUKAN?? SUKAR MENDAPATKAN RUJUKAN?? HUBUNGI KAMI UNTUK PERKHIDMATAN TUGASAN. HARGA YANG DITAWARKAN ADALAH SANGAT MURAH!!!!

Tuesday 2 June 2015

Definisi Keusahawanan

Usawan dan keusahawanan dilihat semakin popular dan sering disebut-sebut oleh masyarakat sejak zaman dahulu lagi. Istilah ini membawa kepada pelbagai maksud dan takrifan mengikut bidang atau kefahaman individu masing-masing. Kemunculan bidang keusahawanan merupakan satu fenomena yang biasa.
Perkataan usahawan dalam Bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada Bahasa Perancis entreprendre yang bermaksud tugas atau mencuba. Daru awal penggunaan entrepreneur oleh Richard Cantillon iatu kira-kira dalam tahun 1775, sudah jelas rujukan terhadap kegiatan dalam perniagaan (Mahmood, et al., 2010, p. 3).
Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi perancis campuran Irish adalah orang yang pertama memperkenalkan konsep keusahawanan. Cantillon melihat usahawan sebagai ejen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dijual. Evans telah merujuk usahawan sebagai individu atau kumpulan yang menganggap tugas menentukan jenis-jenis perniagaan dan membuat keputusan mengenai bentuk barangan dan perkhidmatan atau saiz perniagaan serta pasaran tumpuan.
            Kebanyakkan penulis dan pengkaji telah mentafsirkan keusahawanan dalam aspek seperti penemuan baru, inovatif, fleksibel, dinamik, kreatif dan mengambil risiko. Para penulis pula menyatakan bahawa keusahawanan melibatkan penciptaan nilai, proses permulaan atau pertumbuhan untuk membuat keuntungan dalam perniagaan, proses menyediakan produk atau servis baru di samping penciptaan nilai melalui organisasi oleh individu atau rakan kongsi (Mahmood, et al., 2010).
        Kuratko dan Hodgetts ( 2004 ) dalam (Mahmood, et al., 2010) menyatakan bahawa keusahawanan sebagai satu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iatu individu, organisasi, persekitaran dan proses dimana ia dibantu oleh jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan, dan institusi-institusi. Semua posisi makro dan mikro pemikiran keusahawanan perlu dipertimbangkan sementara mengenal pasti dan mendapatkan peluang-peluang yang boleh ditukar ke idea persaingan untuk perlaksanaan ekonomi sekarang . usahawan merupakan pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan pencarian berfaedah, perancangan yang teliti dan mencari keadilan apabila menjalankan proses keusahawanan. Dengan penuh komited dan optimistik, usahawan-usahawan bekerja secara kreatif untuk mencari sumber-sumber baru atau membiayai yang lama dengan kapasiti baru, kesemuanya bertujuan untuk mencipta kekayaan.
            Apa yang jelas adalah keusahawanan adalah merupakan satu proses keputusan dan tindakan yang berterusan. Maksud lain bagi keusahawanan juga bererti inovasi. Ini kerana keusahawanan melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan nilai baru. Maksud terma keusahawanan yang tidak kurang tepatnya adalah penciptaan nilai. Melalui keusahawanan, produk baru, perkhidmatan, transaksi, pendekatan, sumber-sumber, teknologi dan masyarakat telah dicipta dengan tujuan untuk memberikan sedikit sumbangan nilai kepada masyarakat atau pasaran. Sumber-sumber akan diubah menjadi output, misalnya produk. Maka dengan ini, nilai proses transformasi tersebut tercipta kerana usahawan berupaya mencipta sesuatu yang berguna dan bernilai. (Mahmood, et al., 2010) 

ANDA KESUNTUKAN MASA ?? TIDAK TAHU BUAT RUJUKAN?? SUKAR MENDAPATKAN RUJUKAN?? HUBUNGI KAMI UNTUK PERKHIDMATAN TUGASAN. HARGA YANG DITAWARKAN ADALAH SANGAT MURAH!!!!