Tuesday 4 August 2015

Panduan Menulis Ulasan Artikel : Format Ulasan Artikel

Tugasan Ulasan Artikel adalah sesuatu yang perlu ada dalam Silibus atau disebut Perancangan Akademik bagi setiap individu yang bergelar Mahasiswa/siswi sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa ( Pendidikan Jarak Jauh). Tujuan Tugasan Ulasan Artikel ini adalah penting kerana ia akan dapat menyediakan pelajar dalam peringkat seterusnya dalam pengajian iatu peringkat sarjana. peringkat sarjana khususnya melalui penyelidikan memerlukan pelajar membaca dan meneliti artikel-artikel lalu bagi melengkapkan kertas kerja/penyelidikan/thesis.

oleh yang demikian, saya mengongsikan sedikit panduan yang membolehkan anda membuat tugasan ulasan artikel anda dengan lebih mudah.

kebiasaannya, terdapat empat bahagian utama dalam ulasan artikel iatu:

1. Pengenalan
2. ulasan kandungan Artikel
3. Ulasan Kritis Artikel ( Pendapat dan cadangan Peneliti)
4. penutup/kesimpulan 

Pengenalan
dalam bahagian Pengenalan, adalah mencukupi jika memasukkan maklumat-maklumat asas artikel berkenaan seperti :
1. Tajuk Artikel
2. Nama Penulis dan latar Belakangnya
3. Maklumat Tambahan Artikel Seperti Nama Jurnal, Tarikh diterbitkan, Bilangan dan sebagainya.

Ulasan Kandungan Artikel
bahagian ini memerlukan kemahiran pembaca untuk menganalisis dan mengenalpasti isi kandungan penting dalam artikel berkenaan.  antara isi kandungan yang penting dalam sebuah artikel berbentuk kertas kerja/prosiding/hasil kajian adalah :
1. Tujuan Kajian
2. Konsep dan Tema Kajian
3. Teori yang digunakan
4. Kaedah/method Kajian, Etc; Persampelan, kaedah pemungutan data, kaedah Analisis,
5. Hasil Kajian.

Ulasan Kritis Artikel
dalam bahagian ini, penulis dikehendaki untuk membuat ulasan kritis iatu dengan menyatakan kritikan, pendapat dan cadangan terhadap artikel berkenaan. antara aspek yang boleh dimasukkan dalam bahagian ini adalah : 
1. Isi Utama Kandungan Artikel
2. Isu yang Menarik, nyatakan Mengapa
3. Adakah Isu yang dibangkitkan adalah relevan bagi anda sebagai seorang penyelidik
4. Adakah Anda Setuju/tidak setuju dengan hasil kajian, mengapa?
5. Adakah Persoalan yang dinyatakan oleh Penulis terjawap?
6. Metodologi yang digunakan oleh penulis sesuai?
7. Dapatakan kajian meyakinkan dan boleh dipercayai, mengapa?
8. apakah langkah yang diambil oleh penulis untuk memastikan kebolehpercayaan kajian
9. apakah kesan artikel terhadap pemikiran/pandangan anda dalam konsep/tema/.teori yang dinyatakan.
10.adakah Artikel ini dapat memberikan/membantu anda dalam penyelidikan anda pada masa akan datang?

Bahagian Penutup/Kesimpulan
bahagian penutup atau kesimpulan adalah rumusan kepada penulisan anda. namun begitu, kebanyakan pelajar tersilap dengan mengulang semula isi kandungan sebelum ini, malah "Copy Paste" ayat bahagian sebelumnya. bagi tugasan ulasan artikel, ia agak berbeza. tiga perkara yang boleh dimasukkan dalam bahagian ini adalah :
1. nyatakan jika penemuan/hasil artikel ini dapat memberikan pengetahuan baru
2. bagaimana anda akan menggunakan pengetahuan baru yang anda terima
3. apakah langkah/strategi yang anda akan lakukan untuk memperbaiki kajian.

diharapkan perkongsian yang serba daif dan kekurangan ini dapat membantu anda dalam membuat analisis/ulasan artikel anda. kemahiran ini perlu diasah dengan melakukan banyak latihan agar anda mudah untuk membuat pembacaan dan penambahan bahan dalam penulisan kajian anda pada masa akan datang. terima kasih kerana sudi membaca, kongsikan kepada rakan anda jika anda rasa ia membantu!!!!